Thursday, 24 November 2011

Kata Bilangan

 
1. Perkataan yang digunakan untuk menyatakan banyak atau bilangan sesuatu.
2. Kata bilangan ada tujuh jenis, iaitu:

Jenis Kata Bilangan
contohnya
kata bilangan tentu
satu, dua, tiga, dan seterusnya
kata bilangan talk tentu
beberapa, segala, seluruh, sekalian, setengah-
setengah, dan sebagainya
kata bilangan pecahan
suku, setengah, separuh, tiga suku, dan sebagainya
kata bilangan pisahan
setiap dan tiap-tiap
kata bilangan himpunan
kedua-dua, ketiga-tiga, berpuluh-puluh, berminggu-minggu, berbulan-bulan, ribuan, dan sebagainya
kata bilangan tingkat
pertama, kedua, ketiga, dan seterusnya
kata bilangan tanya
berapa



Jenis Kata Bilangan
contoh
Kata bilangan himpunan
1. Menunjukkan bilangan yang tertentu.
2. Boleh diikuti dengan penjodoh bilangan.
3. Menunjukkan sesuatu bilangan secara himpunan.
1. satu,dua tiga, sepuluh
2. Dua ekor kambing.
3. keempat-empat, berpuluh-puluh, berjuta-juta, berabad-abad
4. Kebun Pak Abu menghasilkan berbakul-bakul durian setiap tahun.
Kata bilangan tak tentu
1. Menunjukan bilangan yang tidak tentu.
1. segala, semua, para, beberapa, seluruh
2. Segala maklumat akan dikumpulkan.
Kata bilangan tingkat
1. menunjukkan giliran atau urutan dalam sesuatu jumlah.
1. pertama, kedua, ketiga
2. Abu mendapat tempat ketiga sahaja dalam peraduan melukis.
Kata bilangan pecahan
1. Menunjukkan bilangan berbentuk pecahan.
1. setengah. sepertiga, dua pertiga, seratus peratus
2. Hanya sepertiga ibu bapa murid Tahun Enam yang hadir ke majlis itu.
Kata bilangan pisahan
1. Masing-masing, tiap-tiap, setiap
2. Setiap orang dikehendaki membayar yuran sekolah dengan segera.


Kata Bantu

Kata bantu ialah kata yang digunakan untuk menerangkan masa sesuatu perbuatan atau ragam yang berkaitan dengan perbuatan.



Contoh

Akan
Belum
Masih
Telah
Sudah
Harus
Boleh
Dapat
Hendak
Mesti





1.      Kereta api dari utara telah sampai.

2.      Awak patut menyiapkan tugas ini dengan segara.

3.      Adik Rahimah belum tahu berjalan.

4.      Ayah dapat menyiapkan tugas ini dengan segera.
5.      Encik Borhan hendak pergi memancing esok.

LANGKAH 1 SUKU KATA TERBUKA

Friday, 28 October 2011

KATA NAMA AM DAN KHAS

Kata Nama ialah kata yang merujuk kepada orang binatang, benda, tepat dan sebagainya.

Kata Nama Am: 1) Menyatakan manusia, binatang, benda, tempat, tumbuh-tumbuhan atau sebagainya.
                            2) ditulis dengan huruf kecil di pangkal kata itu.  
 Contoh: doktor , kucing , sabit , kota , rumput dan lain-lain lagi.

Kata Nama Khas: 1) Merujuk kepada nama orang, nama binatang, nama tempat, nama bandar, nama negeri, nama judul buku.
2)ditulis dengan huruf besar di pangkalnya.
Contoh:  Rahim , Tompok , Petaling Jaya , Sarawak , Bandar  Baru Uda